Pondok Durian Cafe-tiam

Pondok Durian Café-tiam

http://www.dit.go.th/agriculture/durian/varietie.htm

Value:(per 100 gram of the edible part)
Water - 64.990 gram
Energy - 147 kcal
Energy - 615 kj
Protein - 1.47 gram
Total lipid (fat) - 5.33 gram
Carbohydrate, by difference - 27.09 gram
Fiber, total dietary - 3.8 gram

Minerals
Calcium, Ca - 6 mg
Iron, Fe - 0.430 mg
Magnesium, Mg - 30 mg
Phosphorus, P - 38 mg
Potassium, K - 436 mg
Sodium, Na - 1 mg
Zinc, Zn - 0.28 mg
Copper, Cu - 0.207 mg
Manganese, Mn - 0.324 mg



Vitamins
Vitamin C, ascorbic acid - 19.7 mg
Thiamin - 0.374 mg
Riboflavin - 0.2 mg
Niacin - 1.074 mg
Pantothenic acid - 0.23 mg
Vitamin B-6 - 0.316 mg
Vitamin A, IU - 45.000 IU
Vitamin A, RE - 5.000 mcg_RE 



Menu :
Fresh Durian :                                                                
Freshly Open infront of YOU !!!!
Durian Kuning
Durian Kampung
Durian Kunyit
Durian D24
Durian Musang King
Macam Macam Durian

Durian Special :
Pengat Durian
Bubur Kacang Durian
Pulut Durian
Roti Jala Durian

Dessert Durian :
Icecream Durian
Cakes Durian
Lapis Durian
Muffin Durian
Ice Kacang Durian
Durian Pie

Durian Products :
Dodol Durian
Lempuk Durian
Durian Candies
Tempoyak







Pondok Durian Café-tiam

Pengenalan :
Durian – King Of Fruits - merupakan buah buahan yang tidak perlu diperkenalkan samaada didalam negara mahupun dunia.Durian telah dikenali sejak berabad dan menjadi satu kegemaran yang terus digemari dan berkembang dari generasi kegenerasi.

Pondok Durian Café-tiam
Pengenalan Konsep Café :

·        Ala Carte Café
Pondok Durian Café merupakan sebuah konsep café santai yang menghidangkan pelbagai produk durian sebagai tarikan utama.
Bermula dengan hidangan buah segar durian hingga ke bubur durian,pengat durian,pulut durian,aiskrim durian,cendol durian dan pelbagai produk yang berkaitan durian.
Disamping itu menu harian dan promosi yang terdiri dari makanan dan minuman buah buahan tempatan seperti Air Mangga,Air Roselle,Air Durian Belanda,Dragon Fruit,Pisang Goreng,Pengat Pisang dan sebagainya disediakan bagi memberi kelainan dan pilihan kepada pelanggan.

·        Durian Shoppe
Pondok Durian Café juga menyediakan ruang bagi pelanggan untuk mendapatkan produk produk seperti lempok durian,tempoyak durian,kerepek durian,wajik durian,dodol durian dan sebagainya.
Ini menjadikan Pondok Durian Café sebagai One Stop Center bagi mendapatkan produk produk berkaitan durian.Disamping itu ia dapat membantu industri kecil dalam membangunkan dayasaing bagi produk tempatan.

Pondok Durian Café-tiam

Kekuatan Konsep :
Berdasarkan kajian yang dibuat terdapat beberapa fakta yang menjadikan konsep ini pasti berjaya dan mempunyai potensi besar untuk berkembang menjadi satu sistem Franchaise atau secara Outright branding.

·        Pertama di Malaysia
Setakat ini belum ada mana mana outlet yang menjadikan Durian sebagai Trade Mark dalam perniagaan Restaurant dan Café.Namun begitu banyak perniaga tempatan yang berjaya hanya dengan menjual Durian ditepi tepi jalan dan ini membuktikan betapa durian mempunyai potensi besar untuk diketengahkan dengan lebih bergaya dan selesa.Saya sering bertanya pada diri saya kenapa kita hanya berjaya membuka Burger Stall (e.g.Ramli/Otai) tapi tak berupaya mencipta Burger King..?? Sama sama kita mencari jawabannya.

·        Lambakan Bahan Mentah
Seperti yang kita tahu zaman ini kemasukan buah durian kedalam pasaran tidak pernah putus,seperti tak bermusim,sentiasa ada bekalan yang mana dibawa dari negara jiran.Ini amat memudahkan,tambahan dengan adanya menu hidangan sampingan yang dapat membantu kiranya ada masaalah bekalan yang tidak dijangka.

·        Industri Sokongan
Negara kita telah lama mempunyai industri kecil yang membekalkan produk produk berasaskan durian yang mana dapat memastikan bekalan dan variasi produk yang dapat menggalakkan pelanggan.

·        Kegemaran dan Kemasyuran Produk
Durian adalah sejenis buah buahan yang telah lama berada didalam lingkungan budaya kita malahan telah menjangkau ke benua benua lain dan diiktiraf dunia sebagai buah buahan yang begitu enak -King Of Fruits.

·        Strategi Pemasaran
Strategi memperkenalkan Pondok Durian Café-tiam sebagai One Stop Center dan penyediaan hidangan hidangan ringan yang telah lama hilang dari dapur dapur rumah dalam budaya kita akan menjadi satu trend terbaru bagi generasi kini dan seterusnya.Ianya juga akan dibangunkan sebagai Tourist Icon  bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan Agensi Agensinya mahupun pihak pihak swasta berkaitan pelancongan.

·        Franchaise atau Outright Branding
Penilaian dan kajian yang lebih terperinci akan dilakukan bagi menjadikan konsep ini berjaya dengan cara yang lebih professional dan menjadi satu konsep yang boleh diketengahkan keserata benua.

HakCipta : – Bicara Emas